fbpx

Belanjawan 2025: KPT beri tumpuan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tengah) bersama pelajar baharu UMT pada program In Person with Doc Zambry di UMT, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap mendapat peruntukan sewajarnya dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan bagi membangunkan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, AI akan diberi tumpuan besar mulai tahun depan selaras dengan aspirasi kerajaan.

“Kita mahu memperkasa pendidikan tinggi negara dengan memberi tumpuan kepada AI selari dengan perkembangan teknologi berkenaan kini.

“Perancangan memacu sektor pendidikan tinggi itu telah dibentangkan kepada Kementerian Kewangan,” katanya ketika ditemui pada program ‘In Person with Doc Zam’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini malam tadi.

KPT telah menerima peruntukan RM16.3 bilion meliputi RM12.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM4.1 bilion (perbelanjaan pembangunan) pada Belanjawan 2024.

Sehubungan itu, Zambry berharap KPT dapat berita baik daripada pembentangan Belanjawam 2025 pada 18 Oktober depan bagi merealisasikan agenda terbabit.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta pelajar yang terjejas banjir di Kedah memaklumkannya kepada pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat bagi mendapat kelonggaran dan tindakan lanjut.

“Ia melibatkan pelajar baharu dan lama serta yang akan mendaftar masuk di universiti masing-masing sehingga minggu depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI