fbpx

Bekas pensyarah kena tipu skim pelaburan tanam pokok kenaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BATU PAHAT – Seorang bekas pensyarah mengalami kerugian RM170,000 selepas dua tahun terjerat dalam satu skim pelaburan palsu akibat tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian bermula selepas mangsa berusia 60 tahun yang juga pesara sebuah universiti awam itu menemui individu yang mendakwa mewakili sebuah syarikat pada 8 Jun 2022.

Katanya, melalui pertemuan itu mangsa ditawarkan mengenai pelaburan berkaitan penanaman pokok kenaf yang akan menerima pulangan dividen sebanyak tiga peratus sebulan.

“Mangsa yang berminat dengan pulangan dividen dijanjikan itu seterusnya menandatangani beberapa dokumen perjanjian sebelum melabur sebanyak RM200,000 dengan membuat pindahan ke dalam satu akaun bank syarikat secara berperingkat.

“Selang beberapa bulan kemudiannya, mangsa telah menerima pulangan sebanyak RM30,000, namun bermula dari bulan Januari 2023 hingga sekarang tiada sebarang keuntungan diberikan menyebabkannya merasakan ditipu oleh individu berkenaan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Susulan itu, Shahrulanuar berkata, pada 3 Oktober (semalam) mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat akibat kerugian RM170,000 daripada pelaburan yang dilaburkannya.

Ujarnya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksima 10 dan sebatan serta hendaklah dikenakan denda.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI