PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam Lawatan Negara ke Pakistan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari di Istana Presiden.
Menurut Anwar, ruang tersebut digunakan bagi merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih baik di masa hadapan.
“Saya kemudian dikurniakan anugerah penghormatan tertinggi Pakistan kepada pemimpin luar iaitu Nishan-e-Pakistan di atas usaha memupuk hubungan dua hala antara ke tahap lebih lebih baik.
“Saya dan delegasi kemudian diraikan dalam majlis makan malam sebelum pulang ke hotel untuk program seterusnya,” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE