fbpx

Anwar adakan pertemuan dengan tokoh industri Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan pertemuan dengan 67 syarikat dan tujuh persatuan perniagaan Pakistan dan Malaysia

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam Lawatan Negara ke Pakistan mengadakan pertemuan dengan tokoh industri negara berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak 67 syarikat dan tujuh persatuan perniagaan Pakistan dan Malaysia telah menyertai sesi meja bulat tersebut.

“Saya dan delegasi berkesempatan mengadakan pertemuan dengan tokoh indusri Pakistan menerusi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Pakistan.

“Pertemuan ini mengambil peluang di atas keakraban hubungan kedua-dua negara bagi meneliti serta menerokai kerjasama baharu seperti industri halal dan beras,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau mengucapkan penghargaan di atas komitmen berterusan semua pihak yang telah menjayakan sesi meja bulat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI