fbpx

4 kampung di Rantau Panjang dapat bantuan 30 rakit kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk bergotong-royong memasang rakit kecemasan di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

RANTAU PANJANG – Penduduk di empat buah kampung di sini menerima sumbangan 30 unit rakit kecemasan daripada Kelantan Disaster Relief Network (KDRN) dengan kerjasama Crisis Relief Services and Training (CREST) sebagai persiapan untuk berdepan banjir.

Empat kampung terlibat itu ialah Tersang, Kusar Dalam, Serongga dan Teluk Bakong.

Seorang penduduk di Kampung Kusar Dalam, Rozi Daud, 55, meluahkan rasa syukur menjadi salah seorang penerima bantuan dan menyifatkan ia mampu menyelamatkan dia daripada terus berdepan kerugian semasa musim tengkujuh.

“Sekiranya banjir menenggelamkan bumbung rumah, kebimbangan kami kurang kerana barangan akan selamat di atas rumah rakit.

“Penduduk sebelum ini hanya membuat rak sahaja kerana tidak mampu membina rumah rakit kerana kosnya terlalu mahal,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tersang di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk Rubilasuladawiyah Yusof, 39, memberitahu, dia tidak lagi bimbang soal keselamatan barangan rumah dengan adanya rumah rakit itu, malah sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang akan melanda tidak lama lagi.

Sementara itu Setiausaha KDRN, Lua Kheng Luan berkata, pemberian rakit dilakukan menerusi Program Pengurangan Risiko Bencana bertujuan membantu kira-kira 300 keluarga di empat kampung terbabit.

“Setiap unit rakit itu dikongsi empat hingga enam keluarga untuk meletakkan barangan elektrik mereka bagi mengelak daripada ditenggelami banjir. Rakit itu bersaiz 13.38 meter persegi dibina menggunakan 12 tong air, besi C channel (besi kuda), palet kayu dan asbestos dengan campuran simen,” ujarnya.

Katanya, pembinaan rakit itu turut mendapat kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam Kelantan dan penduduk kampung yang bergotong-royong menyiapkannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI