fbpx

1,968 mangsa banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang diselamatkan dan dipindahkan bomba akibat banjir di Selangor.

SHAH ALAM – Seramai 1,968 mangsa banjir daripada 480 buah keluarga dipindahkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar negeri ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kesemua mangsa adalah dari daerah ini, Gombak dan Kuala Selangor.

Katanya, enam PPS yang dibuka melibatkan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seri Pagi, Paya Jaras; Dewan Kenanga dan Dewan MBSA Bunga Matahari.

“Selain itu, Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang; Sekolah Rendah Agama Kuang; Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

“Operasi banjir dan pemantauan melibatkan 54 anggota dari dari enam Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Bestari Jaya, Selayang, Batu Arang, Bukit Jelutong serta Dengkil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga melakukan pemantauan di 21 lokasi dinaiki air antaranya Kampung Kubu Gajah, Merbau Sempah, Kampung Cempedak, Kampung Melayu Subang dan Jalan Tembusu Kuang.

Selain itu, ujarnya, Kampung Selayang Baru, Kampung Laksamana, Indian Sattlement di Selayang, Taman Rahmat Jaya Kundang, Lorong Utama 1, Lorong Setia 7, Kampung Melayu Sri Kundang, Lorong Haji Talib, Kampung Gombak dan Kampung Bunga Raya di Gombak

“Pemantauan turut dibuat di Kampung Sri Aman, Taman Saujana Aman, Kampung Parit Mahang di Kuala Selangor; Sungai Buah, Jambatan Sekolah Vokasional, Revolusi Hijau dan Pasar Dengkil di Sepang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI