fbpx

[VIDEO] Pesawat ke Pulau Pinang patah balik, kabin penuh asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi cemas menyebabkan sebuah pesawat Firefly terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang.

PETALING JAYA – Sebuah pesawat Firefly, 9M-FYG ke Pulau Pinang dilaporkan terpaksa berpatah balik ekoran masalah idpercayai berpunca daripada sistem penyaman udaranya menyebabkan kabin pesawat itu dipenuhi asap.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang, Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, laporan awal oleh juruterbang (PIREP) menunjukkan sistem penyaman udara itu menjadi terlalu panas kerana kegagalan kipas pada enjin pesawat tersebut.

“Kami tidak menolak kemungkinan terdapat kerosakan tambahan pada penerbangan yang sedang dalam siasatan. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang selamat dipindahkan ke terminal di lapangan terbang SAAS,” tambanya.

Sementara itu, seorang penumpang, Harell Erik Wong sempat merakam detik cemas ketika asap memenuhi kabin dan berkongsi pengalaman pesawat itu berpatah balik setelah 15 minit berlepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI