fbpx

Toshiba lancar peti sejuk Japandi terbaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Yang (dua dari kanan) pada majlis pelancaran peti sejuk Japandi di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengeluar peti sejuk pertama di Asia, Toshiba hari ini mengumumkan pelancaran peti sejuk Japandi, iaitu produk terbaharu di bawah rangkaian siri Japandi yang menekankan reka bentuk artistik dan minimalis.

Japandi merupakan gabungan perkataan Japanese dan Scandinavia, menggabungkan gaya reka bentuk Jepun dan keanggunan Scandinavia bagi memberikan sentuhan harmoni serta praktikal.

Di sebalik penampilan luarannya yang anggun, peti sejuk Japandi menampilkan teknologi inovatif yang mampu mengekalkan kesegaran makanan pada tahap optimum.

Ini termasuk ciri OriginFresh, yang menawarkan teknologi pengawetan daging dan ikan serta Teknologi -1 darjah Celcius Pro Aging yang memastikan bahan makanan disimpan pada suhu ideal bagi meningkatkan rasa dan teksturnya.

Selain itu, mod Soft-Freeze boleh mengekalkan bahan makanan dalam keadaan sedehana beku bagi memastikan tekstur dan kualitinya tahan lebih lama, manakala fungsi Deep Freeze mampu membekukan makanan dengan kadar segera pada suhu -30 darjah Celcius bagi mengunci kesegaran serta kualiti makanan.

Peti sejuk Japandi turut dilengkapi teknologi HydroFresh yang memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal berkhasiat dan segar, sementara sistem PureAIR mampu menghapuskan 99 peratus bakteria, virus dan etilena.

Ia juga dilengkapi kemudahan 60-Minute Quick Ice Making, yang kini terpantas dalam industri bagi memudahkan rutin harian pengguna.

Steven

Pengarah Urusan Pemasaran dan Perkhidmatan Toshiba, Steven Yang berkata, sebagai jenama paling diyakini pengguna di Malaysia, Toshiba tidak hanya membantu meningkatkan gaya hidup dan kelestarian pelanggan, malah meringankan beban mereka dalam menangani urusan harian di rumah.

Ujarnya, misi Toshiba adalah untuk memperbaiki kehidupan sambil membina masa depan yang lebih mampan.

“Untuk tempoh lebih sedekad lalu, Toshiba telah menumpukan kepada penyelidikan dan penyelesaian inovatif pada produk kami yang dipercayai boleh meningkatkan kualiti kehidupan pengguna.

“Kami berharap legasi ini boleh diteruskan bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah sambil memperluaskan kehadiran jenama kami di Asia dengan produk berkualiti serta praktikal,” katanya pada majlis pelancaran.

Steven menambah, peti sejuk Japandi merupakan produk sulung Toshiba dalam siri Japandi dan terdapat beberapa produk lain dalam siri sama seperti mesin basuh, mesin pengering, mesin basuh pinggan serta penulen air yang bakal menyusul bermula Januari depan.

Steven bersama artis seni, Lim Bo Qiang menyempurnakan gimik pelancaran.

Toshiba menyasarkan jualan sebanyak 500 unit sebulan bagi peti sejuk terbaharu itu di pasaran tempatan.

Peti sejuk Japandi ditawarkan dalam dua variasi, iaitu model 585L Multi-Door yang berharga RM12,429 dan 580L Multi-Door berharga RM12,859 yang boleh didapati di kedai elektronik dan perkakas rumah terkemuka di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.toshiba-lifestyle.com/my. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI