fbpx

Tiada keperluan terus henti minggu orientasi – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sekumpulan fasilitator membuat kejutan sambutan hari lahir rakan ketika sedang menjalankan sesi orentasi bersama pelajar baharu di sebuah UA baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berpandangan bahawa tiada keperluan untuk terus menghentikan minggu orientasi pelajar baharu di universiti awam.

Bagaimanapun, katanya, program-program yang dilaksanakan itu perlu mempunyai pengisian berkaitan supaya dapat mencapai objektif.

Katanya, ini kerana mana-mana universiti di seluruh negara masih menganjurkan program sedemikian antaranya bertujuan untuk memperkenalkan mahasiwa kepada dunia baharu yang bakal ditempuh oleh mereka.

“Orientasi itu seharusnya menjadi program untuk menyesuaikan diri (melibatkan) pelajar-pelajar baharu yang datang ke sebuah universiti, kolej dan sebagainya bagi tempoh yang panjang, mungkin ada yang empat tahun, ada tiga tahun.

“Jadi, mungkin ada masalah di sesuatu tempat, tapi jangan kita melihat satu pandangan terus mengatakan bahawa seolah-olah orientasi ini sudah tidak sesuai, mungkin ada satu (atau) dua tempat (sahaja begitu),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2024 di sini hari ini.

Zambry berkata demikian ketika ditanya mengenai sebuah video tular baru-baru ini yang memperlihatkan situasi minggu orientasi di mana terdapat beberapa individu sedang bertengkar, sebelum ia bertukar menjadi satu kejutan atau digelar ‘prank’ dipercayai berlaku di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendekatan yang diambil bagi mengisi aktiviti sepanjang berlangsungnya minggu orientasi juga harus bersesuaian.

“Asas program orientasi itu kita sebut sebagai proses sosialisasi untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain. Yang kedua, adalah untuk menyesuaikan diri di tempat baharu dan juga membina tradisi penting di dalam sesebuah universiti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI