fbpx

Tiada istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Hassanal – Istana Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUANTAN – Istana Pahang menafikan satu satu hantaran berkenaan Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang dimuat naik seorang pengguna media sosial sejak 24 September lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebok Kesultanan Pahang memaklumkan hantaran yang dimuat naik pemilik akaun Farida.1111111 itu dikesan sebagai palsu dan berbentuk fitnah.

Hantaran yang dimuat naik individu tersebut memaparkan gambar satu kertas tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.

Istana Pahang memberitahu, maklumat berkenaan adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tengku Hassanal atau Istana Pahang.

“Istana Pahang meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang,” katanya

Istana Pahang turut memaklumkan tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI