fbpx

‘Teruskan koyak, kami tenang sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Akmal. Foto FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan pihaknya akan bangkit melawan jika ditekan oleh mana-mana yang cuba menekan Pemuda UMNO.

Tegas beliau, Pemuda UMNO malah akan terus membawa suara rakyat tanpa rasa takut kerana Pemuda UMNO bukan lembu yang dicucuk hidung.

“Lagi kuat kamu tekan kami, lagi kuat kami melawan. Nak kutuk silakan, nak tekan kami silakan sebab kami ini pemimpin yang bawa suara rakyat.

“Kerana kita meraikan perbezaan pendapat,bukan bila berbeza pendapat cop orang ini sokong orang lain dan geng lain. ‘Sorry’ (maaf) itu kamu, bukan kami.

“Salah tetap salah, betul tetap betul. Teruskan koyak, kami tenang sahaja,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau namun tidak menyatakan secara jelas kenyataannya itu ditujukan kepada siapa.

Beberapa hari lalu, Dr. Muhamad Akmal memberi keterangan kepada polis berkaitan laporan dibuat DAP berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur keagamaan dan hasutan.

Sebelum ini, Naib Presiden DAP, Teresa Kok turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO itu.

Ia berikutan kenyataan Dr. Muhamad Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen daripada DAP tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI