fbpx

Syed Hussien angkat sumpah selaku ADUN Mahkota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED HUSSEIN mengangkat sumpah selaku ADUN Mahkota pada sesi Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Syed Hussien Syed Abdullah yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota pada sesi Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini ha ini.

Syed Hussien berkata, pihaknya bersumpah akan menyempurnakan kewajipan sebagai ADUN dengan tulus dan ikhlas.

“Saya juga bersumpah akan memelihara dan memperkasakan undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor,” katanya di hadapan Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan meraih 27,995 undi berbanding 7,347 undi.

Sementara itu, Sidang DUN Johor turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63.

Mohd. Puad berkata, Allahyarhamah Sharifah Azizah yang berkhidmat sebagai ADUN sejak Mei 2018 telah meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Ucapan sama turut disampaikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut mengambil kesempatan membacakan surah Al-Fatihah demi Allahyarham, selain mengajak masyarakat bukan Muslim untuk bertafakur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI