fbpx

Caj RM20,000 transit di Singapura, jalan kaki masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sindiket penyeludupan migran mengenakan bayaran hampir RM20,000 kepada warga Bangladesh untuk dibawa masuk ke negara ini dengan berjalan kaki melalui laluan terpencil ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu akan ditempatkan di sebuah rumah penampungan di Taman Daya di sini sebelum dibawa ke destinasi tertentu.

Kegiatan haram yang didalangi warga tempatan dan Bangladesh itu bagaimanapun terbongkar selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu rumah penampungan tersebut pada 9 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, aktiviti penyeludupan migran di sekitar Tambak Johor itu dikesan aktif sejak Ogos lalu.

“Dalam serbuan itu, seorang wanita tempatan dan tiga lelaki asing yang berperanan sebagai pengurus, transporter dan penjaga berjaya ditahan.

“Selain itu, 21 warga Bangladesh berusia 19 hingga 44 tahun berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar memberitahu, siasatan awal mendapati warga asing tersebut akan diurus oleh ejen di Bangladesh dengan bayaran Taka 550,000 atau RM20,000 seorang sebelum transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

“Warga asing itu kemudian diuruskan oleh ejen sindiket untuk masuk ke Malaysia dengan berjalan kaki melalui laluan terpencil menuju ke BSI.

“Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh 21 warga asing tersebut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI