fbpx

Penggunaan kamera badan diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JASIN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti fasa awal penggunaan kamera badan (BWC) dan merancang memperluaskan pelaksanaannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, BWC juga dilihat dapat menambah kecekapan anggota dan pegawai yang menjalankan tugas di lapangan.

Beliau berkata, projek rintis BWC mendapati elemen kewibawaan pasukan dapat dipertingkatkan, khususnya mereka yang berinteraksi dengan masyarakat.

“Saya sempat berinteraksi dengan beberapa anggota polis yang menggunakan BWC dan hasil maklum balas yang diterima, mereka menyifatkan penggunaannya tampil dengan lebih yakin ketika menjalankan tugas.

“Mereka tidak lihat tugas mereka diawasi dan tidak ada apa pun yang mereka perlu sembunyikan serta melihat ia sebagai aspek penambahbaikan dalam menjalankan tugas di lapangan.

“Ini saya berinteraksi langsung dengan anggota polis yang bertugas. Itu akan menjauhi daripada potensi masyarakat melihat penugasan polis diberi gambaran negatif,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pentauliahan Briged Rela Siswa Siswi (Relasis) di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, PDRM mula melaksanakan pemasangan 1,376 unit BWC bagi menguji keberkesanannya dalam penugasan anggota dan pegawai polis di lapangan.

Pemasangan kamera badan itu melibatkan ibu pejabat polis kontinjen (IPK), ibu pejabat polis daerah (IPD) dan balai-balai polis di zon tengah di Lembah Klang yang dimulakan dalam dua fasa iaitu pada Jun dan Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI