fbpx

Pemuda maut langgar belakang kenderaan di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

SHAH ALAM – Seorang pemuda maut apabila motosikal ditunggang melanggar belakang sebuah kenderaan di Kilometer 12.1 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 menghala ke Setia Alam dari Subang.

“Setiba di lokasi kejadian dipercayai mangsa telah melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti di lorong paling kiri.

“Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke HSA sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, sehingga kini, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu masih belum membuat laporan polis.

Justeru, katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemandu tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Thesigan di talian 010-5632379,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI