fbpx

Pembangunan hutan simpan Segari Melintang tidak jejas penduduk sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

GOPENG – Kerajaan negeri Perak memberi jaminan tindakan mewartakan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang di Teluk Mengkudu, Manjung dekat sini seluas 548 hektar bagi projek pembangunan kuari tidak akan menjejaskan keselamatan, kesejahteraan dan sumber ekonomi penduduk sekitar kawasan tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan pewartaan HSK itu telah dirujuk terlebih dahulu dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri untuk diluluskan.

“Kerajaan negeri tidak sewenang- wenangnya membuat keputusan untuk menyahwarta kawasan hutan terlebih dahulu. Jika tiada bantahan daripada mana-mana pihak (berkaitan) maka ia akan diluluskan.

“Dalam proses kita bangunkan negeri kita tiada pilihan melainkan terpaksa mengorbankan beberapa perkara tetapi pada masa yang sama kita tetap menjamin kesejahteraan, keselamatan kemakmuran rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Terra Mineral Lab (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral di Persiaran Teknologi Kawasan Perindustrian Gopeng 2 di sini hari ini.

Media melaporkan pada 24 September lalu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar meminta kerajaan negeri Perak memperhalusi semula pemansuhan pewartaan HSK Segari Melintang.

Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, pemansuhan HSK Segari Melintang itu melibatkan beberapa kompartmen hutan bukit pantai yang masih terdapat di pesisiran pantai Teluk Mengkudu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI