JITRA – Operasi pencarian jasad pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, di Sungai Padang Terap, di sini sejak tiga hari lalu ditamatkan.
Menurut isterinya, Subhiah Roslina Shahibi, 57, dia menerima maklumat berhubung perkara itu malam tadi.
“Saya dimaklumkan operasi telah ditamatkan yang mana semalam adalah hari terakhir pencarian,” katanya hari ini.
Menurut wanita itu, dia bersama ahli keluarganya akan melawat lokasi disyaki suami dicampakkan ke Sungai Padang Terap di Jambatan Kampung Empa hari ini.
Difahamkan, operasi pencarian selama tiga hari meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap tidak menemukan sebarang petunjuk.
Operasi tersebut disertai oleh anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – KOSMO! ONLINE