fbpx

Minggu orientasi tiada hala tuju, buang duit, buang masa – Pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sekumpulan fasilitator membuat kejutan sambutan hari lahir rakan ketika sedang menjalankan sesi orentasi bersama pelajar baharu di sebuah UA baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang pensyarah di sebuah Universiti Awam (UA) dikenali sebagai Mu’iz Razak berpandangan bahawa Minggu Destini Siswa (MDS) tidak perlu diadakan ketika kemasukan pelajar baharu di universiti.

Beliau menerusi ciapan di laman X berkata, minggu orientasi yang dijalankan selama seminggu itu seolah-olah tiada hala tuju untuk golongan mahasiswa baharu.

“Sebagai pensyarah, aku tetap rasa MDS ini tak perlu. ‘Orientation’ week (Minggu orientasi) tiada hala tuju. Buang duit, buang masa, buang tenaga. ‘Fasi’ pun naik kepala,” katanya.

Tambah Muiz, pandangannya itu turut dipersetujui oleh sesetengah pihak atasan serta rakan sekerjanya.

Muiz berkata demikian bagi mengulas video tular yang memaparkan suasana kecoh di dalam sebuah dewan UA semasa menjalankan sesi orientasi dengan pelajar baharu.

Situasi tersebut memperlihatkan tindakan fasilitator yang membuat ‘prank’ kejutan bagi menyambut hari jadi salah seorang dari kumpulan mereka.

Pada mulanya dapat dilihat seorang fasilitator wanita dipercayai sedang memarahi dan bertengkar dengan seorang fasilitator lelaki sehingga secara tiba-tiba dia menjerit ke arah pelajar baharu yang menyaksikan situasi itu dengan alasan untuk mengarahkan mereka supaya tidak membuat bising.

Mengulas lanjut, pensyarah itu berkata, dari sudut pandangan berbeza, minggu orientasi yang dijalankan sebegitu secara tindak langsung boleh memberi impak negatif kepada pelajar.

Katanya, daripada pengalaman sebelum ini, minggu orientasi kebiasaannya dirancang dan diuruskan sepenuhnya oleh wakil pelajar selepas mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti.

Sementara itu, pandangan yang disuarakan pensyarah tersebut tersebut turut disokong oleh orang ramai apabila rata-ratanya menyifatkan pendekatan orientasi seperti itu sudah tidak sesuai diaplikasikan pada zaman ini.

“Zaman dah moden, tapi kaedah masih sama. Jadi kreatif untuk tarik minat pelajar berada di universiti, bukan menjerit sana-sini. Secara tidak langsung bawa nama buruk kepada universiti,” kata Ayuni.

“Boleh adakan MDS, cumanya kaedah itu perlu berbeza. Sepatutnya minggu awal ini adalah penerangan kepada persediaan pelajar baharu berada di universiti. Kongsi situasi yang menarik untuk beri suntikan positif kepada mereka. Bukan laksanakan aktiviti memenatkan mental dan fizikal yang tiada hala tuju macam itu (video viral),” kata Hazri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI