fbpx

Mayat juruteknik jatuh platform 40 meter ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Khairul Nizam dijumpai di tebing Gunung Mat Chincang, Langkawi petang ini.

LANGKAWI – Mayat juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter ditemukan di tebing Gunung Mat Chincang, di sini kira-kira pukul 5.11 petang tadi.

Mayat mangsa, Khairul Nizam Jaafar, 41, ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari besi penahan yang berada di bawah platform kaca tersebut.

“Pemeriksaan serta pengesahan kematian dibuat oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa kemudian dibawa turun menggunakan kereta kabel sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa baru sahaja bekerja sebagai juruteknik di situ sejak tiga bulan lalu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang juruteknik dikhuatiri hilang selepas terjatuh semasa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di platform kaca, di sini.

Ketua Zon 4 Langkawi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.15 tengah hari tadi memaklumkan mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 40 ke 50 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI