fbpx

LTdL 2024: Lima pelumba negara, juara bertahan ‘terkandas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pelumba negara gagal meneruskan baki perlumbaan Le Tour de Langkawi kali ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lima pelumba negara tidak dapat meneruskan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat kelima hari ini selepas gagal menamatkan perlumbaan dalam tempoh masa yang ditetapkan semalam.

Selepas berakhirnya “Queen Stage” di peringkat ketiga kelmarin, perlumbaan bersambung dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong, sejauh 131.2 kilometer (km) yang melibatkan satu zon pendakian Kategori 1 di Gap dan tiga zon pecut semalam.

Namun, lima pelumba terbabit seperti tiga jaguh Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh; Muhammad Fahmi Khairul dan Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil terpaksa melupakan baki perlumbaan kali ini.

Selain itu, pelumba Malaysian Pro Cycling (MPC); Zulhelmi Zainal dari Nusantara Cycling serta Abdul Azim Aliyas dari pasukan kebangsaan Malaysia turut tersingkir.

Kesemua pelumba ini dilihat agak kepenatan selepas pendakian di Cameron Highlands, sehingga memberikan kayuhan bertenaga pada perlumbaan semalam.

Lebih mengejutkan, juara bertahan edisi 2023, Simon Carr dari pasukan EF Education-EasyPost, turut tersingkir dan tidak dibenarkan meneruskan baki saingan, atas alasan yang sama.

Peringkat kelima saingan bertaraf 2.Pro akan berlangsung hari ini pada bermula dari Kuala Lumpur ke Melaka sejauh 167.km yang menawarkan tiga zon pendakian dan tiga zon pecutan di Semenyih, Seremban dan Rembau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI