fbpx

LTdL 2024: De Kleijn ungguli laluan KL-Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat kelima (Kuala Lumpur-Melaka), di MITC Ayer Keroh hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

MELAKA – Jaguh pecut Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn mempamerkan kayuhan dalam kelas tersendiri untuk mengekalkan kejuaraan pada peringkat kelima siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 sebentar tadi.

Pada perlumbaan bermula dari Kuala Lumpur ke bandaraya Melaka itu, De Kleijn yang mewakili pasukan ProTeam mendominasi saingan yang meliputi jarak sejauh 167.3 kilometer (km) dalam tempoh tiga jam 35 minit 30 saat (s).

Pelumba kelahiran Belanda yang masih segar dengan kejayaan bergelar juara peringkat keempat kelmarin berjaya mengetepikan pencabar Matteo Malucelli daripada pasukan JCL Team UKYO di kedudukan kedua dan Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team).

Menurut pelumba berusia 30 tahun itu, kemenangan kedua yang diraih adalah laungan awal dalam usaha bergelar juara keseluruhan pada saingan bertaraf 2.Pro itu.

“Saya rasa ini adalah keputusan yang sempurna dan pujian waja diberikan kepada pasukan.

Namun, cabaran sengit yang diberikan oleh pelumba pesaing terutama pada 200 meter terakhir membuatkan saya terpaksa mengerah seluruh tenaga. Ini adalah perlumbaan yang cukup sengit terutama menerusi Malucelli.

“Secara keseluruhan, saya cukup bersemangat untuk mengharungi baki tiga perlumbaan lagi dan berusaha untuk berikan yang terbaik,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Sementara itu, pemenang Peringkat Ketiga kelmarin, Max Poole masih mengekalkan jersi hijau selepas menjadi pendahulu keseluruhan diikuti Jose Manuel Diaz Gallego (Burgos-BH) dan Thomas Pesenti (JCL Team UKYO).

Sementara itu, Malucelli berjaya mengekalkan jersi jingga (Raja Pecut) selain Mario Aparicio Munoz yang mewakili Burgos-BH turut mendapatkan jersi polka dot (Raja Bukit).

Pelumba Jepun, Manabu Ishibashi yang bersama JCL Team UKYO juga masih mengekalkan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI