fbpx

Kos sara hidup dijangka meningkat susulan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ ketika menjawab soalan Datuk Jefridin(BN-Kukup) pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan menyebabkan berlaku peningkatan kos sara hidup di sekitar daerah Johor Bahru, termasuk nilai hartanah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, itu merupakan antara cabaran utama yang perlu ditangani kerajaan negeri dan pusat dalam memastikan pelaksanaan JS-SEZ memberi manfaat kepada semua golongan.

“Peningkatan kos sara hidup akan memberi cabaran kepada rakyat tempatan, terutamanya golongan B40 dan M40. Mereka mungkin berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi yang pesat.

“Namun, beberapa langkah mengatasi cabaran itu akan dilaksana termasuk merangka dasar bertujuan meningkatkan kuantiti projek perumahan mampu milik untuk rakyat Johor terutamanya di kawasan JS-SEZ,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup) berhubung kesan pelaksanaan inisiatif JS-SEZ setelah ia dimeterai kerajaan Malaysia dan Singapura di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, antara cabaran lain termasuklah persaingan mendapatkan tenaga kerja berkualiti ekoran banyak peluang pekerjaan baharu yang akan diwujudkan JS-SEZ.

“Ini secara tidak langsung bakal menarik minat ramai pihak termasuklah dari luar negeri Johor, termasuklah mengundang permintaan tenaga mahir dari luar negara.

“Antara kesan lain termasuklah risiko berlakunya ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan luar bandar atau lokasi yang tidak termasuk dalam zon ekonomi ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah menubuhkan Johor Talent Development Council (JTDC) dalam aspek ketersediaan tenaga kerja selain beberapa inisiatif seperti program latihan kemahiran, peningkatan kapasiti teknikal serta kolaborasi dengan institusi pendidikan dan industri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI