PETALING JAYA – Kawasan berhampiran Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Melayu Subang, di sini, dilaporkan banjir akibat hujan lebat berterusan, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.05 petang.
Katanya, lima anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi kejadian untuk memastikan keadaan terkawal.
“Setibanya di lokasi, didapati berlaku banjir. Paras air berada pada kedalaman 0.3 meter dan penduduk enggan berpindah.
“Tiada pemindahan mangsa dilakukan dan tren air dilihat menurun “ katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.