fbpx

Ibu tidak tidur lena Norasmidah masih belum pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Salmiah (kiri) dan Syamsul Bahari menunjukkan gambar anaknya yang hilang itu. -FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Seorang ibu tidak keruan apabila anak gadisnya belum pulang ke rumah sejak menghilangkan diri pada Isnin lalu.

Siti Salmiah Mansor, 47, berkata, dia tidak dapat tidur lena selepas gagal menghubungi telefon bimbit Norasmidah Syamsul Bahari, 20.

Katanya, dia sekeluarga giat meneruskan usaha mencari anak ketiga daripada enam beradik tersebut yang mesra dipanggil Kak Chik.

“Sewaktu keluar rumah, Kak Chik bawa beg berisi pakaian, namun tidak mempunyai wang belanja. Jadi saya bimbang akan keselamatannya dan hanya mahu tahu di mana keberadaannya ketika ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Norasmidah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin lalu.

Norasmidah sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin dan keluarga meminta untuk berjumpa teman lelakinya itu terlebih dahulu.

Sementara itu, bapa Norasmidah, Syamsul Bahari Abdul Karim, 42, berkata, dia melakukan solat hajat setiap hari selain kaedah perubatan tradisional sebagai ikhtiar.

“Hampir setiap masa saya mendoakan keselamatan Kak Chik supaya kembali ke pangkuan keluarga. Usaha mencarinya tidak akan terhenti dan saya turut meminta bantuan ahli keluarga serta rakan-rakannya,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Syamsul Bahari di talian 011-37985062. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI