fbpx

Hujan lebat di KL, Selangor, Kedah hingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk ketika ini lebih tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan di utara Semenanjung.

Keadaan itu dijangka berterusan sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

“Keadaan sama juga dilaporkan melanda Pulau Pinang dan sebahagian Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

“Hujan lebat dan ribut petir masih berpotensi melanda Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu),” katanya.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk pada petang ini diramal melanda Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Selain itu, di Sarawak turut berdepan cuaca buruk melibatkan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau) dan Limbang (Lawas).

“Bagi Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI