fbpx

Hanya 24 projek sakit – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (kanan) melawat Tapak Projek Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Hanya 24 atau 3.06 peratus daripada 785 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai ‘projek sakit’ berikutan kelewatan pembinaan oleh pihak kontraktor.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan tersebut adalah disebabkan masalah yang dihadapi pihak kontraktor iaitu sebanyak 80 peratus.

“Projek sakit ini selalu diperkatakan walhal peratusannya hanya sedikit, 24 saja atau 3.06 peratus daripada keseluruhan 785 projek.

“Berdasarkan laporan diterima, ketika ini projek yang didapati sakit selama ini telah dikurangkan sehingga 97 peratus projek diisytiharkan sebagai projek sihat dan masuk dalam projek berjadual,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Tapak Projek Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Pengerusi Projek Sakit turut mengumumkan, projek penukaran bumbung Istana Budaya (IB) yang sebelum ini dijangka siap pada 5 Januari 2026 didapati mamu disiapkan lebih awal.

“Sukacita untuk saya maklumkan di sini, projek penukaran bumbung IB dijangka siap lebih awal iaitu pada Oktober 2025. Proses penukaran bumbung IB yang sudah 25 tahun itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, ini semua hasil daripada kerja kuat serta pemantauan yang dilakukan secara proaktif oleh pihak Kementerian Kerja Raya nampaknya membuahkan hasil dan dapat mengurangkan projek sakit secara maksimal,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI