fbpx

GISBH Pulau Pinang tak pernah bayar zakat, mohon sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Zakat Pulau Pinang (ZPP) tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi ZPP, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, beliau difahamkan GISBH yang mempunyai beberapa premis perniagaan di sekitar kawasan Seberang Perai dan juga bahagian Pulau sejak hampir 10 tahun lalu tidak pernah membayar zakat kepada ZPP.

“Mengikut maklumat yang kita terima GISBH tidak pernah membayar zakat kepada ZPP. Mungkin ada yang bayar secara individu namun sebagai syarikat tidak ada,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan watikah pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah Timur Laut dan Barat Daya, di sini hari ini.

Pada 21 September lalu, empat premis termasuk dua buah rumah jagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) diserbu di tiga lokasi berbeza di Seberang Perai.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, GISBH yang menjalankan perniagaan makanan juga tidak pernah memohon sijil halal daripada pihak berkuasa agama negeri ini.

“Sijil halal tidak pernah dipohon oleh GISBH, mereka tidak pernah bayar zakat dan tidak pernah pohon sijil halal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI