KUALA LUMPUR – Seorang individu disyaki melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa esok.
Bukit Aman menerusi jemputan media memaklumkan pertuduhan itu akan dilakukan sekitar pukul 8.45 pagi di Mahkamah Selayang, di sini.
Suspek akan dituduh di bawah kesalahan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, Ketua Polis Negara memaklumkan, setakat ini jumlah ahli GISBH yang masih dalam tahanan reman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah adalah seramai 93 orang.
Manakala 34 orang lagi ditahan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012).-KOSMO! ONLINE.