fbpx

EPL: Ferguson cadang United nama baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERGUSON percaya Allegri (tengah) mampu mengemudi United sekiranya Ten Hag dipecat. - AFP

MANCHESTER – Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi restu kepada pihak pengurusan kelab itu sekiranya mereka bercadang untuk melantik Max Allegri sebagai pengendali baharu pasukan itu.

Prestasi terumbang-ambing pasukan itu meletakkan pengurus semasa, Erik Ten Hag dalam keadaan getir untuk mempertahankan jawatannya walaupun sumber dalaman mendakwa beliau masih mendapat sokongan.

Kekalahan 0-3 kepada Tottenham Hotspur hujung minggu lalu meletakkan Ten Hag dalam kedudukan yang goyah apabila beliau hanya diberikan peluang untuk mengubah nasibnya itu dalam dua perlawanan akan datang bertemu FC Porto dan Aston Villa.

Laporan di Itali menyebut, The Red Devils meletakkan pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi sebagai salah satu sasaran untuk mengisi kekosongan sekiranya terpaksa memecat Ten Hag.

Bagaimanapun, Ferguson yang dianggap sebagai pengurus United paling berjaya dalam sejarah kelab itu memberi cadangan kepada pihak pengurusan supaya mempertimbangkan Allegri sebagai pengurus baharu.

Allegri, 57, ketika ini berstatus ejen bebas dilepaskan oleh Juventus pada penghujung musim lalu selepas bergaduh dengan pengarah sukan kelab tersebut, Cristiano Giuntoli pada Mei lalu.

Selain dua calon tersebut, bekas pengurus Chelsea, Paris Saint-Germain dan Bayern Munich, Thomas Tuchel juga turut berada dalam radar United untuk tugas berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI