PETALING JAYA – Cuaca di seluruh negara dilaporkan cerah dan tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi ini.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Bagaimanapun, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung petang ini. – KOSMO! ONLINE