fbpx

CEO Mada jumpa Mohamad Sabu muat naik gambar bersalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Mohamad Sabu di Facebooknya.

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perniagaan Peladang (Mada), Abdullah Ismail bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu tengah hari tadi.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh pengendali Facebook Mohamad Sabu, kelihatan kedua-dua individu tersebut berjabat tangan sambil tersenyum lebar, menunjukkan suasana yang mesra dan penuh keakraban.

“Tengahari tadi Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Mada Corp, Abdullah Ismail,” tulisnya.

Pertemuan ini adalah untuk menjernihkan situasi yang berlaku baru-baru ini di mana sebuah hantaran video yang menunjukkan Abdullah enggan bersalaman dengan Mohamad Sabu ketika lawatan kerja di Kedah tular pada Isnin lepas.

Orang ramai dengan pantas mengecam tindakan Abdullah yang dilihat jelas tidak menyambut tangan yang dihulurkan oleh Mohamad Sabu dalam satu situasi yang tular di media sosial.

Perbuatan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi negatif, dengan ramai pengguna platform media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap tindakan itu sebagai kurang sopan serta tidak menghormati sesama manusia.

Bagaimanapun, Abdullah menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan terkedu melihat Mohamad Sabu sekali lagi menghulurkan tangan kepadanya kerana mereka telah berjabat tangan sebelum itu.

Sementara itu, gambar yang dimuat naik hari ini mencerminkan hubungan baik yang terjalin antara mereka, diiringi dengan ekspresi wajah yang menggambarkan keharmonian serta kesepakatan dalam pertemuan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI