fbpx

Reman CEO GISBH, isteri, anak disambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif GISBH (kiri) ketika dibawa bersama pengurusan tertinggi organisasi tersebut untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis akan membuat permohonan menyambung reman ke atas 24 ahli tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) selpas tempoh tahanan itu tamat esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, CEO itu bersama isteri-isteri dan anak-anaknya ditahan untuk siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Permohonan sambung reman akan dibuat terhadap 24 ahli termasuk kepimpinan tertinggi GISBH seperti CEO GISBH, isteri dan anak-anak bagi melengkapkan siasatan.

“Setakat ini kesemua 24 lagi ahli kepimpinan tinggi GISBH tidak ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas mengenai jumlah terkini ahli GISBH yang direman, Razarudin berkata, seramai 93 individu masih direman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, manakala 34 lagi ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012).

Pada 30 September lalu, CEO GISBH merupakan antara 24 individu yang direman lima hari untuk membantu siasatan berkaitan satu laporan kes eksploitasi buruh paksa.

Kesemua mereka ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM (Pindaan) 2022.

Satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Cheras mendakwa dieksploitasi ketika bekerja di syarikat terbabit dan tidak menerima bayaran gaji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI