fbpx

Bekas menteri Singapura dipenjara 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISWARAN tiba di Mahkamah Agung Singapura untuk mendengar hukuman terhadapnya hari ini. – AFP

SINGAPURA – Seorang bekas menteri Singapura dihukum penjara 12 bulan hari ini kerana menghalang proses keadilan dan menerima ‘hadiah haram’, lapor media tempatan berhubung perbicaraan rasuah politik pertama dalam tempoh hampir 40 tahun di negara berkenaan.

Bekas menteri pengangkutan, S. Iswaran berdepan 35 pertuduhan yang kebanyakannya berkaitan rasuah awal tahun ini.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya mengemukakan lima pertuduhan lebih ringan sahaja termasuk beberapa pertuduhan yang mempunyai kaitan dengan seorang taikun hartanah.

“Selepas Iswaran didapati bersalah minggu lalu kerana menghalang proses keadilan dan menerima hadian haram, pihak pendakwa raya meminta hukuman penjara antara enam hingga tujuh bulan,” lapor akhbar The Straits Times.

Pasukan peguam bela bekas menteri itu pula berhujah untuk hukuman penjara maksimum selama lapan minggu.

Perbicaraan Iswaran dilihat  pemerhati-pemerhati sebagai antara paling signifikan dari segi politik dalam sejarah Singapura.

Kesnya berisiko merosakkan imej parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebelum pilihan raya umum yang dijangka pada November 2025.

Iswaran meletak jawatan pada Januari lalu selepas pertuduhan terhadapnya dimaklumkan secara rasmi termasuk menerima hadiah bernilai lebih SG$300,000 (RM976,765) 

Dakwaan terhadap Iswaran termasuk menghalang proses keadilan berhubung cubaan menyekat pihak berkuasa menyiasat penajaan penerbangan kelas perniagaan yang dikaitkan dengan  taikun perhotelan Malaysia, Ong Beng Seng.   

Empat tuduhan lain termasuk hadiah yang diterima daripada Beng Seng. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI