fbpx

Banyak jalan berlubang, permukaan tidak rata di Pulau Pinang – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan raya yang berlubang di Jalan Bukit Gambir, George Town.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri serta pihak berkaitan mengkaji semula piawaian pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya di negeri ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, menerusi tinjauan CAP, terdapat banyak jalan berlubang serta permukaannya yang tidak rata sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Kami mendapati antara jalan utama yang rosak adalah di Jalan Thean Teik, Jalan Paya Terubong, Jalan Jelutong, Jalan Perak, Jalan Bukit Gambir, dan beberapa jalan lain di kawasan perumahan.

“Dengan peningkatan kenderaan bermotor yang banyak terutamanya kereta persendirian di jalan raya Pulau Pinang dalam tempoh sepuluh tahun, adalah amat penting bagi jalan raya ini diselenggara dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kontraktor yang ditugaskan untuk membina, menyelenggara dan mengekalkan keadaan jalan perlu bertanggungjawab terhadap sebarang jalan yang teruk yang mengakibatkan jalan berlubang dan permukaan jalan tidak rata.

“Berulangnya kejadian jalan yang lubang dan permukaan yang tidak rata menunjukkan kerja yang dijalankan adalah itu adalah amat teruk.

“Langkah-langkah pembaikan segera perlu diambil untuk memastikan jalan raya kita tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI