fbpx

ACL 2: Jaringan tunggal Orozco selamatkan maruah Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Dynamic Herb Cebu FC, Daniel Bernan Gadia (kanan) mengasari tonggak Selangor FC, Nooa Laine pada aksi ACL 2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

 

PETALING JAYA – Selangor FC mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) selepas membenam kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu FC 1-0 pada aksi kedua Kumpulan H di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Red Giants yang dilihat mempunyai ‘darjat permainan’ lebih tinggi berbanding pelawat dibayangi masalah penyudah dan sepatutnya mampu menamatkan perlawanan dengan lebih banyak gol.

Beraksi atas padang basah langsung tidak beri kesan besar buat Selangor FC yang hanya memerlukan 10 minit untuk membuka jaringan menerusi Yohandry Orozco.

Selepas itu, segalanya berpihak kepada Red Giants yang mendominasi permainan hingga memaksa pemain pelawat ‘berkampung’ di kawasan sendiri dan jumlah peluang tercipta sepatutnya sudah menghadirkan lebih banyak gol buat tuan rumah.

Selepas lebih sedozen peluang gagal disudahkan, pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil nyata mempunyai ‘modal’ untuk diluahkan kepada pemain memandangkan mereka hanya mampu melangkah ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol.

Mengambil kira skrip hampir sama terus berulang di babak kedua, Nidzam mengambil pendekatan untuk memberikan debut buat Faisal Halim di pentas ACL 2 dengan mengeluarkan Alvin Fortes.

Sebaik aksi memasuki minit ke-79, Nidzam turut memberikan penampilan pertama buat dua bintang baharunya, Nikola Jambor dan Mohammad Abualnadi bagi menggantikan Ali Olwan dan Quentin Cheng.

Bagaimanapun, 8,158 penonton yang hadir di stadium sekadar berpuas hati dengan satu gol namun tiga mata kali ini membolehkan Selangor FC menghuni tangga kedua Kumpulan H dengan empat mata berbanding Jeonbuk Hyundai Motor FC yang mengekalkan kemenangan bersih.

Dalam aksi berasingan di Stadium Piala Dunia Jeonju, Jeonbuk Hyundai Motor FC menang 4-1 ke atas Muangthong United.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI