fbpx

6 termasuk dua beradik bebas tuduhan bunuh tukang cuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada enam lelaki yang lepas dan bebas daripada tuduhan membunuh seorang pekerja kedai cuci kereta. Foto oleh NURUL NAJWA HASRAN/KOSMO!

SHAH ALAM – Dua beradik merupakan antara enam lelaki yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh tukang cuci kereta enam tahun lalu.

Mereka ialah J. Poovarashan, 27, adiknya, J. Arivindren, 23, D. Pavidthren (25), Mohamad Shahrul Nizam Abdullah (24), M. Viknesh (25) dan K. Arvindran (23).

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Hazlina Hussain membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Menurut hakim, berdasarkan kepada naratif kes ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan keadaan dan gagal membuktikan kematian mangsa diakibatkan oleh tindakan kesemua tertuduh.

“Seterusnya kegagalan memanggil saksi-saksi penting antaranya pegawai penyiasat yang bertindak mengumpul bukti di tempat kejadian selain merujuk spesimen ke Jabatan Kimia untuk menganalisis perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Pegawai polis tersebut juga yang menghadiri bedah siasat si mati. Pada setiap masa, semua barang kes di bawah jagaannya selain mengenal pasti sebilangan identiti sekumpulan individu yang dilihat berada di kedai cuci kereta pada malam kejadian.

“Kegagalan memanggil pegawai penyiasat sebenarnya menimbulkan pelbagai keraguan dalam kes pendakwaan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa membunuh S.Ravindran, 22, dekat tepi jalan berdekatan sebuah perumahan di Petaling Jaya antara pukul 11 hingga 11.30 malam pada 6 Jun 2018.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, sekiranya disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, empat daripada mereka dituduh secara bersama pada Jun 2018 manakala dua lagi secara berasingan masing-masing pada Mei 2019 dan April 2021.

Sepanjang prosiding tersebut, seramai 11 orang saksi dipanggil dengan kesemua tertuduh masing-masing diwakili Peguam A. Vasudevan, K. Viknesvaran, Ahmad Ishrakh Saad, S. Narasimhan, S. Palani Ammal dan Siti Rohaya Mohd. Tajuddin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI