fbpx

[VIDEO] Peminat LTdL 2024 berebut kutip botol air Garmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna TikTok berkongsi kegembiraan mendapat hadiah botol air daripada pelumba LTdL 2024.

PETALING JAYA – Ramai peminat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 berkongsi keterujaan mendapat hadiah botol air yang dilemparkan oleh pelumba sewaktu menunggu di tepi jalan bagi memberi sokongan kepada mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok, peminat tempatan memuat naik botol air LTdL 2024 antaranya jenama Garmin, Tudor, Motorex, Petronas dan pelbagai lagi.

Antara yang berkongsi kenangan itu ialah pengguna TikTok Mr. Lee77 yang menunggu di tepi jalan bersama rakan-rakannya bagi memberi sokongan dan sorakan kepada pelumba LTdL 2024.

“Kita buat ramai ja, boleh botol seorang ‘sebiji’. Jom balik,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Seorang lagi pengguna TikTok, Dhia Lyieza turut berkongsi gambar mendapat botol air jenama Garmin dan dia memberitahu mahu menyimpannya sebagai kenangan.

“Mana boleh jual, nak simpan,” katanya pada ruangan komen.

Seorang lagi pengguna TikTok, Nasir Ahmad turut berkongsi keterujaan mendapat botol air tersebut.

“Laju sungguh depa noh, setahun sekali hangpa. Bagi chan la,” ujarnya.

Perlumbaan LTdL 2024 berlangsung pada 29 September hingga 6 Oktober ini dengan bertemakan ‘Beat The Heat’. – KOSMO! ONLINE

@mnasir_ahmad Laju sungguh depa noh, setahun sekali hangpa, bagi chann la. #MasjidSedaka #BreakMenyakaq #keliadak? ♬ original sound – Nasir Ahmad

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI