PETALING JAYA – Seorang pelancong Russia maut selepas terjatuh ke dalam laluan bawah tanah ketika sedang makan angin bersama rakannya di Tbilisi, Georgia.
Menerusi hantaran di aplikasi X, kejadian tragis ini berlaku pada waktu malam ketika mangsa, Arina Glazunova sedang bersiar-siar bersama rakannya di sekitar lokasi tersebut.
Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan Arina menyanyikan lagu hit Hunger Boys berjudul ‘For The Last Time’ sambil dirakam oleh rakannya.
Namun, beberapa saat kemudian, sosok tubuh Arina ‘ghaib’ daripada klip video tersebut dan hanya jeritan didengari sebelum video itu terhenti.
Menurut hantaran itu, Arina mengalami kecederaan retak tengkorak dan tidak dapat diselamatkan.
Laluan di kaki lima tersebut dilihat berisiko tinggi kerana ketiadaan penghadang keselamatan, mengundang bahaya kepada pejalan kaki, terutama pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE.
Seorang pelancong Rusia mati di Georgia selepas terjatuh ke dalam laluan bawah tanah semasa merakam video.
Arina dan rakannya berjalan di sekitar Tbilisi pada waktu malam, menyanyikan lagu dan berseronok sebelum terjatuh ke dalam laluan berkenaan.
Dia mengalami retak tengkorak… pic.twitter.com/3ENz0MUWz7
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 30, 2024