fbpx

[VIDEO] Ketika azan isyak roket lalu betul-betul ‘atas kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina menceritakan serangan Iran ke atas Israel yang melintasi ruang udara Jordan.

PETALING JAYA – “Betul-betul atas kepala kami sekarang,” itu reaksi seorang rakyat Malaysia di Jordan, Zurina Waji menceritakan keadaan di ruang udara Irbid, selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke arah Israel.

Menerusi video dimuat naik pada Instagram, Zurina yang juga seorang sukarelawan dan wartawan berkata, roket dipercayai dari Iran itu melintas di ruang udara Jordan dan ketika itu, di kawasannya sedang berkumandang azan isyak.

“Roket dipercayai dibedil dari Iran melalui betul-betul atas kepala kami sekarang menuju ke Israel. Dipercayai lebih 100 roket dibedil dari Iran melintasi Irbid dalam Jordan menuju Israel.

“Mohon dia rakyat Malaysia moga rakyat Jordan dan Malaysia di sini dalam keadaan selamat,” katanya pada hantaran video tersebut.

Zurina turut memaklumkan, susulan serangan tersebut, Lapangan Terbang Queen Alia, Jordan telah ditutup sementara.

“Sementara itu, sebuah roket telah jatuh di Ajloun, sekitar sejam perjalanan dari tempat kami berada.

“Penduduk di daerah Umm Qays, Jordan berdekatan sempadan Palestin, di mana Hezbollah melancarkan serangan rentas sempadan ke arah Israel, telah diarah berpindah ke tempat selamat ekoran meningkatnya serangan,” ujarnya.

Terdahulu, Zarina dan pasukan sukarelawan Karisma Humanitarian Outreach Mission berada di Jordan bagi misi bantuan kecemasan untuk Gaza, Palestin.

Media antarabangsa melaporkan, Iran melancarkan lebih 180 peluru berpandu ke arah Israel dalam serangan berskala besar yang meningkatkan lagi kebimbangan perang serantau berskala penuh, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pengawal Revolusi Iran berkata, peluru berpandu mengenai sasarannya.

Tambahnya, ia melancarkan serangan balas atas pembunuhan pemimpin sekutunya, Hizbollah dan Hamas, serta seorang jeneral tertinggi Iran.

Serangan peluru berpandu itu berlaku beberapa jam selepas tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lebanon, di perkampungan sempadan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zurina Waji (@inawaji)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI