fbpx

[VIDEO] ‘Dr. Asyraf Wajdi boleh roger Dr. Zambry kan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi memberi maklum balas berhubung isu fasilitator UiTM yang tular pada masa ini.

PETALING JAYA – “Tapi Dr. boleh ‘roger-roger’ Dr. Zambry kan,” itu antara komen orang ramai yang meminta Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengambil tindakan berkenaan isu fasilitator di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Komen terbabit ditinggalkan pada Facebook Asyraf Wajdi itu selepas beliau memuat naik satu hantaran berkait isu fasilitator universiti tersebut yang tular sehingga dikecam orang ramai pada masa ini.

“Ramai ‘tag’ saya isu Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu UiTM. Untuk pengetahuan UiTM bukan bawah Mara.

“Sejak 1999 diletakkan bawah KPT. Hanya dua universiti bawah Mara iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),” katanya hari ini.

Dalam masa sama, Asyraf Wajdi turut memberi maklum balas terhadap komen tersebut.

“Insya-Allah saya akan maklumkan pada beliau (Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir),” katanya disusuli dengan balasan terima kasih oleh individu tersebut.

“Terima kasih Dr. You are the best (anda terbaik),” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial video ‘prank’ seorang fasilitator wanita bertengkar dengan seorang fasilitator lelaki yang kemudiannya diakhiri sambutan hari jadi salah seorang rakan mereka.

Kejadian tersebut berlaku ketika program orientasi mahasiswa baharu dipercayai di sebuah universiti awam di selatan tanah air.

Bagaimanapun, ia mendapat kritikan dan teguran daripada orang ramai yang menyifatkan, perbuatan ‘prank’ sebegitu tidak bermanfaat.

Malah mereka mengkritik bahawa ia tidak sepatutnya diadakan di dalam minggu orientasi, sebaliknya program berkenaan diisi dengan maklumat dan pengenalan universiti kepada pelajar baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI