fbpx

[VIDEO] Adam tak jadi nikah, sanding seorang diri sebab ‘orang ketiga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial mengenai majlis Adam.

PETALING JAYA – Lelaki yang pernikahannya dibatalkan di saat akhir tampil menjelaskan perkara tersebut berlaku berpunca daripada pihak ketiga.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Adam dalam satu sesi Live di TikTok berkata, bagaimanapun pembatalan majlis itu sudah diketahui pada awal September lalu.

“Perkara ini berlaku akibat orang ketiga, rakan sekerja dia sendiri. Tetapi bila pertama kali saya dapat tahu, saya maafkan dan tetap mahu meneruskan perkahwinan.

“Selepas ini kalau ada orang nak cakap tak jadi kahwin pasal badan ke apa, saya tak kisah. Benda ini semua tak kekal,” katanya.

Selain itu katanya, pembatalan majlis nikah tersebut dimaklumkan kepada oleh pihak dewan majlis tersebut sendiri.

“Dewan nikah bagitahu, ayah dia sendiri dah hubungi dewan dan juru nikah untuk batalkan majlis.

“Berkenaan sama ada pihak kami akan saman atau tidak, saya minta maaf saya tidak akan cerita mengenai perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, ibu lelaki tersebut berkata, apa yang sudah terjadi biarlah berlaku dan pihaknya berharap agar orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri mengenai perkara tersebut.

“Pengganti untuk Adam itu, pasti ada. Tapi untuk masa ini, saya rasa lebih baik untuk Adam tumpukan pada kerja, cari duit beli rumah, beli kereta dan paling penting berbakti dulu kepada ibu dan adik dia.

“Live ini bukan bertujuan untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa, anak saya pun ada buat salah, begitu juga di sana,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai majlis perkahwinan yang bertukar menjadi doa selamat kerana bakal pengantin perempuan membatalkan pernikahan di saat akhir.

Video tular tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib pengantin lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

@demflaccoAku kena kuat untuk mereka walau pada hari kejadian hati aku tidak mempunyai rupa. Setebal tebalnya muka kami pada hari itu. Pelamin yang indah namun tidak lengkap, perhiasan yang cerah namun jiwa ku gelap. Bila toleh, hanya bayangan dia sahaja yang diri ini lihat.♬ Rahsia Tuhan – Noh Salleh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI