fbpx

Usia lima tahun anak masih merangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil PKHK, Griffin Deng menyampaikan bantuan berupa susu formula dan lampin pakai buang kepada Siti Nurima di Kampung Semariang Bentara, Kuching baru-baru ini.

KUCHING – Walaupun berusia lima tahun, Nur Jannah Rahmat tidak ubah seperti seorang bayi selepas menderita sindrom Kelewatan Perkembangan Global (GDD).

Akibatnya, kanak-kanak tersebut menjadi kurang upaya sehingga tidak dapat bertutur dan berjalan. Nur Jannah berge­rak dengan cara merangkak.

Menurut ibunya, Siti Nurima Abdul Karim, 30, anak bongsu daripada empat adik beradik itu didiagnosis dengan sindrom GDD ketika berusia setahun.

“Anak saya mengalami masalah pembelajaran menyebabkan dia tidak dapat mempelajari kemahiran asas seperti makan, bahasa dan memahami keadaan di persekitarannya. Dia hanya akan menangis sekiranya lapar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semariang Bentara, di sini baru-baru ini.

Menurut suri rumah itu, sepanjang membesar, anaknya makan makanan dalam kuantiti yang sedikit. Nur Jannah lebih suka meminum susu menyebabkan keadaan fizikalnya kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain pada usia lima tahun.

Disebabkan keadaannya itu, Nur Jannah akan menjalani pemeriksaan imbasan X pada tahun hadapan bagi melihat perkembangan tulangnya.

Namun, Siti Nurima dan suaminya, Rahmat Sidek, 37, berdepan masalah kewangan termasuk membeli barangan keperluan untuk anak mereka seperti susu formula.

Rahmat bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan. Mereka tinggal di rumah sewa dan dua daripada anak pasangan tersebut masih bersekolah.

“Jika tiada kerja, suami akan mengutip sayur liar untuk dijual. Ada beberapa kali suami tidak dapat membelikan susu formula, jika terdesak saya terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada adik-beradik,” katanya.

Nasib Nur Jannah mendapat perhatian Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (PKHK) yang tampil menghulurkan bantuan susu formula dan lampin. Orang ramai yang ingin membantu Nur Jannah boleh menghubungi PKHK di talian 082-505 987 atau 013-567 2775.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI