fbpx

UCL: Mbappe kembali perkuat Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE mengalami kecederaan paha sebelum ini dan dijangka hanya kembali selepas rehat antarabangsa, namun proses pemulihannya lebih pantas. - AFP

MADRID – Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe kembali berada dalam skuad tersebut yang sedang membuat persiapan untuk menentang Lille pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Bekas pemain Paris Saint-Germain itu tidak berada dalam skuad kendalian Carlo Ancelotti ketika mereka terikat 1-1 pada aksi derbi Madrid menentang seteru setempat, Atletico Madrid di Wanda Metropolitano kelmarin.

Pada mulanya, Real menjangkakan bahawa mereka akan kehilangan Mbappe sehingga selepas rehat antarabangsa, namun kepulangannya lebih awal daripada jangkaan memberikan suntikan semangat besar buat pasukan.

Mbappe terpaksa diketepikan dalam perlawanan menentang Atletico akibat kecederaan otot paha dengan laporan mendedahkan kecederaannya tidak seteruk jangkaan awal dengan diagnosis awal mengatakan dia perlu berehat selama tiga minggu.

Bagaimanapun, bintang Perancis itu pantas memulakan proses pemulihan dengan memainkan peranan besar dalam mempercepatkan proses penyembuhannya sekali gus dapat kembali awal daripada jangkaan.

Kini, dia bukan sahaja dijangka akan beraksi menentang Lille, malah berpotensi untuk tampil hujung minggu ini dalam pertembungan La Liga menentang Villarreal dengan Real Madrid tidak mahu kehilangan mata buat kali keempat dalam sembilan perlawanan pertama liga musim ini.

Di sebalik kepulangan Mbappe, Real masih dibelenggu masalah kecederaan dengan beberapa pemain utama terpaksa berehat dengan Brahim Diaz, Dani Ceballos, dan David Alaba semuanya dijangka hanya akan kembali selepas rehat antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI