fbpx

Ceroboh Lahad Datu: Jeneral 5 Bintang Sulu kekal dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketujuh-tujuh warga Filipina selaku pemohon ketika dibawa ke Mahkamah Persekutuan hari ini. Foto oleh Faisol Mustafa/Kosmo!

PUTRAJAYA – Tujuh warga Filipina yang didapati bersalah dalam tragedi pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah 11 tahun lalu kekal dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas menolak permohonan semakan mereka untuk mengetepikan hukuman gantung itu.

Ketujuh-tujuh mereka itu selaku pemohon ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60, yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram yang mengakui dirinya Sultan Sulu dan enam individu lain iaitu Atik Hussin Abu Bakar, 52, Basad H. Manuel, 49, Virgilio Nemar Patulada, 59, Al Wazir Osman, 68, Tani Lahad Dahi, 70, dan Julham Rashid, 75.

Dua lagi hakim yang memdengar semakan itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan.

Pada 15 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap sembilan anggota pengganas warga Filipina itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk diringankan.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, sebulat suara membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa hukuman mati adalah paling wajar berdasarkan dapatan fakta dalam kes berkenaan.

Katanya, panel Mahkamah Persekutuan tiada alasan untuk mengubah keputusan kedua-dua mahkamah berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah menolak rayuan terhadap sabitan dikemukakan sembilan tertuduh selaku perayu selepas berpandangan sabitan berkenaan adalah selamat.

Pada 8 Jun 2017, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadap semua perayu.

Mahkamah itu bagaimanapun mengubah hukuman penjara sepanjang hayat yang dikenakan hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Julai 2016 kepada hukuman mati selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman.

Pada Februari 2013, negara ini digemparkan dengan pengganas Sulu yang menceroboh perairan Sabah secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Pencerobohan itu membawa kepada pertempuran pada 1 Mac 2013 di Kampung Tanduo sehingga menyebabkan 10 wira negara gugur, manakala 68 pengganas Sulu ditumpaskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI