fbpx

Tiga buah kereta rosak dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan mengalami kerosakan ekoran kejadian pokok tumbang di Jalan Besar, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiga buah kereta mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok ekoran hujan lebat di Jalan Besar, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan sekitar pukul 6.34 petang tadi.

Katanya, seramai sembilan anggota serta dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian, terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghempap tiga buah kenderaan.

“Anggota membuat tindakan dengan menggunakan gergaji rantai untuk memotong pokok yang menghempap kenderaan serta menghalang lalu lintas di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga turut membantu
semasa menangani insiden berkenaan.

“Tiada mangsa yang terlibat dengan insiden ini dan operasi tamat pada pukul 7.39 malam,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI