fbpx

Terpaksa gigit anaconda demi selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mangsa menggigit badan ular berbisa itu untuk melepaskan diri daripada belitan yang kuat. - Jam Press

BRASILIA – Sebuah klip video memaparkan detik cemas seorang lelaki hampir mati dibelit ular gergasi anaconda di sebatang sungai di Brazil, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kejadian berlaku di Terra Santa, hutan Amazon pada Ahad lalu. 

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat bertungkus-lumus melepaskan diri daripada belitan yang kuat sehinggakan dia terpaksa menggigit badan reptilia tersebut.

Lebih mengerikan apabila pergelutan itu berlaku ketika dia berdiri di dalam sungai dengan air paras dada. 

Lelaki tersebut menggigit ular itu berhampiran kepalanya, manakala seorang rakannya cuba membantu mangsa dengan menarik ekor reptilia berkenaan. 

Selepas beberapa minit, anaconda itu akhirnya ‘menyerah kalah’ dan melepaskan belitan tersebut. 

Tidak diketahui sama ada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI