ROM – Tayar sebuah pesawat Ryanair meletup semasa mendarat di sebuah lapangan terbang di Itali, menyebabkan ia tidak boleh bergerak di landasan, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Susulan kejadian tu, penerbangan berlepas dan tiba tergendala di Lapangan Terbang Bergamo Orio al Serio, berhampiran Milan.
Pesawat itu difahamkan berlepas dari Barcelona, Sepanyol tetapi tayarnya meletup sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan), lapor akhbar L’Eco Di Bergamo.
Empat buah tayar pesawat itu meletup dengan salah sebuahnya hangus terbakar.
Setakat ini, punca kejadian tidak diketahui, manakala tiada kecederaan dilaporkan. – AGENSI