fbpx

Taiwan batal penerbangan, tutup sekolah hadapi Taufan Krathon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pengawal Pantai Taiwan berjalan di sepanjang pantai Sizihwan di Kaohsiung hari ini. - AFP

TAIPEI – Taiwan menggantung sesi persekolahan dan pasaran kewangannya hari ini ketika Taufan Krathon yang membawa hujan lebat serta angin kencang membadai selatan dan timur pulau itu.

Krathon, dengan kelajuan angin berterusan 173 kilometer (km) sejam dan tiupan sehingga 209 km/j berada 140 km di barat daya bahagian selatan Kaohsiung setakat pukul 10 pagi (waktu tempatan), kata Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) .

“Taufan ini bergerak sangat perlahan. Masa pendaratannya terus tertangguh. Ramalan terbaharu adalah pusat taufan itu akan melanda kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan) esok,” kata ketua CWA, Cheng Chia-ping.

“Selepas melanda, ia akan menjadi lemah dengan cepat,” tambahnya lagi pada satu taklimat.

Pejabat dan sekolah di seluruh pulau itu ditutup, manakala Kementerian Dalam Negeri berkata, lebih 10,000 orang telah dipindahkan dari kawasan terdedah sebagai langkah berjaga-jaga.

Presiden Lai Ching-te memberi amaran semalam bahawa taufan itu berkemungkinan menyebabkan kerosakan besar serta turut menggesa orang ramai untuk berwaspada kerana laluannya agak jarang berlaku.

Sementara itu, semua penerbangan domestik dan perkhidmatan feri dibatalkan hari ini, manakala kira-kira 250 penerbangan antarabangsa turut ditunda.

Hampir 40,000 tentera bersiap sedia untuk usaha bantuan, demikian menurut Kementerian Pertahanan.

Di seluruh Taiwan, 46 kecederaan berkaitan Taufan Krathon dilaporkan setakat ini dan seorang di barat daerah Yunlin dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut, kata pihak berkuasa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI