fbpx

Sempat main UNO walau ‘stuck’ dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tujuh mahasiswa bermain kad permainan UNO ketika terperangkap di dalam lif yang rosak. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan sekumpulan remaja di Indonesia yang selamba bermain kad permainan UNO ketika terperangkap di dalam lif mengundang perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Abata News semalam. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di platform X oleh akaun @lame_turah memaparkan tujuh mahasiswa sedang duduk di dalam lif yang rosak.  

Suasana cemas bertukar gembira apabila kesemua gadis itu santai bermain kad permainan sambil menunggu bantuan tiba. 

Bahkan, mereka sempat bergelak ketawa, seolah-olah tidak takut dengan situasi berbahaya dan tegang itu. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) pada 28 September lalu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 154,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Ingatkan panik, rupanya piknik,” komen seorang netizen. 

“Definisi sebenar hidup perlu santai walaupun jiwa ‘terbantai’,” komen netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI