fbpx

Saksi dakwa Guan Eng janji beri projek secara rundingan terus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Lim Guan Eng pernah menjanjikan projek terowong dasar laut Pulau Pinang diberikan kepada seorang ahli perniagaan melalui rundingan terus jika beliau berjaya mengatur majlis pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat di China.

Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli mendakwa, beliau dijanjikan demikian oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu jika kerajaan negeri memeterai MoU dengan dengan Beijing Urban Construction Group (BUCG) yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri China ketika itu.

Zarul Ahmad ketika itu merupakan Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) iaitu syarikat usaha sama dengan BUCG yang dilantik bagi menjalankan projek tersebut.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Guan Eng ketika dalam kereta untuk menghantar pemimpin DAP itu pulang ke destinasinya.

Pada prosiding hari ini, ahli perniagaan itu turut berkata, beliau memaklumkan butiran terperinci berhubung pemberian wang kepada Guan Eng ketika disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah terowong dasar laut.

Ujarnya, dalam siasatan tersebut, wang itu diserahkan melalui cek kepada Guan Eng.

Mahkamah sedang mendengar prosiding mencabar kredibiliti Zarul Ahmad yang merupakan saksi penting pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang.

Kredibiliti saksi utama pendakwaan itu dicabar selepas kenyataan yang diberikannya ketika siasatan kes ahli perniagaan G. Gnanaraja, berbeza dengan kenyataannya dalam kes Guan Eng walhal kedua-dua kes melibatkan siasatan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 9 dan 10 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI